PakCik Google

Google
 

Award..Award..Award...



Award ni dari Kak Linda


Award ni mummy amik dari Kak Linda..bukan main amik jer tau,mummy dh minta izin dari kak linda...Sebenarnya baru jer sat ni kenal kak linda..Suka sgt tgk Kak Linda ni..Anak dh 3 tp masih maintain kan dia..Nak jd macam dia lah..Ok sblm mummy ambil award ni ada syarat2nya..

Syarat-syaratnya ialah ...

1. Letakkan didalam blog anda
~ Awal2 lagi dh terpampang award ni...konon nak kasi satu dunia tau...


2. Sape yang kasi ? -
~ Sadis ni...bukannya org kasi tp mummy minta dr Kak Linda

3. Berikan kepada 7 orang seterusnya
~ Bukan setakat 7 org semua yang singgah ke blog mummy dipersilakan mengambilnya sebagai hadiah saguhati kerana sudi singgah ke blog mummy yang hot tak seberapa ni..hik..hik..hik...


[+/-] Teruskan Membaca...

Happy 3rd Besday Batrisha

Aksi-aksi si besday girl Batrisha.~Happy 3rd Besday My Little Princess~







Kek ini dipilih sendiri oleh Batrisha...Meriahkan dengan Doremon &Tweety lagi...





Aksi-aksi 2 beranak




Mummy suh en.hubby pakai baju color biru..konon2 nk wat tema blue color.en.hubby kata tak moh, nak pakai baju MU.katanya malamni final MU vs Barcelona..Sekali tu kalah da Mu..So pagi td en.hubby pegi kerja dengan muka monyoknya..huhuhu...

Si tukang snap gambar...(sowey yer en.hubby)



Semalam genap umur batrisha 3 tahun.Sekejap aje batrisha dh besar. Rasanya masih terbayang2 lagi saat2 melahirkan batrisha dulu..tgk skrg dh besar panjang anak mummy ni. so mummy & en.hubby plan nk beli kek untuk batrisha.Saja nk bagi batrisha tau hari tu adalah hari jadinya.

So, alang2 dh beli kek tu wat ler acara makan2 kami 3 beranak ni dekat pizza hut aje...So kebetulan masa gi pizza hut malam td ada gak segorombolan family ni yg sambut besday macam batrisha jugak...so enjoy the besday.


[+/-] Teruskan Membaca...

~Emosi Kanak-Kanak Tidak Sama~

Ibu bapa perlu membimbing, fahami perasaan anak ketika usia semakin meningkat supaya pemikiran tidak terganggu

Kehadiran anak dalam sebuah perkahwinan memberikan makna besar kepada insan bergelar ibu dan bapa. Permata hati disambut riang gembira. Saban hari bertukar ganti, daripada telapak kaki sebesar dua jari hingga ke pandai ‘berdiri sendiri’, ibu bapa kadang kala terasa semakin jauh dengan anak yang dilahirkan.

Senario seperti ini bukan perkara baru, malah segelintir ibu bapa sendiri mengakui, semakin anak itu membesar, semakin sukar dikawal pergerakan mereka. Seorang teman menyebut ‘kalau masih kecil, bolehlah dipukul, ditampar, tapi bila sudah besar, dia pula yang memukul aku nanti’.


Realitinya bayi yang lahir ke dunia ini diciptakan memiliki emosi yang tidak sama. Ibu bapa tidak boleh menyangka sekiranya perangainya baik, maka anaknya akan mengikut perangai yang serupa. Sedikit sebanyak mungkin ada benarnya kerana pendidiknya adalah kita sebagai ibu bapa.

Tetapi pengaruh luaran kadangkala memberikan impak lebih besar kepada anak itu nanti. Sebab itulah mendidik anak perlu dilakukan mengikut zaman mereka berada, dan tidak sesuai mengamalkan didikan ‘zaman dulu’ kepada anak zaman ini.

Bagaimanapun, ramai pakar kanak-kanak bersetuju, andai emosi anak ditangani dengan baik sejak kecil, pergerakan mereka ‘lebih mudah dikawal’, umpama menekan alat kawalan jauh. Emosi yang stabil membantu melahirkan anak lebih cemerlang, emosi yang terganggu pula melahirkan anak sebaliknya.

Emosi dikaitkan perasaan iaitu suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang. Ia menunjukkan pelbagai aspek termasuk negatif atau positif, kerana ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan perancangan.

Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.

“Segelintir anak yang menangis, besar kemungkinan mereka berasa takut dan memerlukan perlindungan daripada ibu bapa mereka. Kanak-kanak selalunya belum mengenali konsep masa. Sama ada sekejap atau lambat, asal saja ibu bapa tiada depan mata mereka akan mula menangis.

“Kadangkala ibu bapa selalu merungut ‘budak ni, aku tak ada depan mata seminit pun menangis’. Mereka hanya tahu, bila tiada ibu bapa depan mata, maka sudah tidak selamat,” katanya pada Seminar Celik Emosi anjuran Hal Ehwal Wanita (Helwa), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini.

Beliau berkata, kanak-kanak menyuarakan ‘isi hati’ menerusi emosi yang ditonjolkan dan ibu bapa selalunya adalah idola kepada mereka. Segelintir ibu bapa yang marah terhadap anak andai menjerit, tetapi pada masa sama si ibu atau ayah tetap mengherdik seperti ‘mak kata jangan menjerit’.

Penggunaan intonasi yang tinggi, sedangkan ibu inginkan anak bersuara rendah, menjadi anak berkenaan keliru dengan apa yang diperkatakan. Memandu atau menangani emosi anak ke arah positif adalah perlu dalam usaha melahirkan anak yang seimbang.

“Setiap anak itu unik dan tersendiri. Along dan angah mungkin mempunyai emosi yang berlainan. Dalam usaha mengenali anak, ibu bapa perlu memahami emosi mereka kerana kita tidak mahu anak membesar dalam emosi yang terganggu.

“Ada anak yang sensitif tetapi ada anak yang merajuk mahu dirinya dipujuk serta dirayu. Andai betul caranya, kita ‘melayan’ emosi mereka, si kecil akan membesar merasa dirinya dihargai dan diperlukan, bukan dibiarkan bersendirian dan dibenci,” katanya.

Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:

Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.

Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.

Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.

Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.

Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

Perkembangan Awal Emosi (bayi 0-15 bulan)

Emosi asas (positif dan negatif) berkembang secara ‘gradual’ terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi memek muka dan ‘eye contact’:

- gembira/seronok - senyum, pipi terangkat, mata berbentuk bulan sabit. Contoh - bila diagah.

- terkejut - angkat kening, mulut terbuka luas, bulatkan mata. Contoh - berhenti menangis bila dengar bunyi muzik atau suara jeritan

- minat - merenung, mengerutkan kening dan bibir. Contoh - merenung wajah ibu, melihat persekitaran

- marah - mengerut dan memasamkan muka, kening turun naik, mata tajam. Contoh ‘mengamuk’ bila mengantuk atau lapar, bila objek ‘dirampas’ daripada tangan.

- Sedih - muka masam dan layu, dagu tertolak ke hadapan. Contoh - ditinggalkan ibu

- Geli- berkerut kening, jelir lidah. Contoh - ‘menolak’ jenis makanan tertentu, menangis bila buang air.

Bayi antara 3 - 8 minggu sudah boleh tersenyum- perkembangan awal emosi positif

Bayi 12- 20 minggu - senyum pada wajah dan suara dikenali; senyum bila merasakan persekitaran ‘dikuasai’, mula ketawa.

- Enam bulan pertama bayi masih belum mempunyai rasa sayang/ kasih pada sesuatu/seseorang.

- Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara 7 hingga 9 bulan - melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan ayah, menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran ‘orang asing’.

Emosi anak tatih (16-36 bulan)

Emosi turun naik seperti ‘roller coaster’

Usia 2 tahun : sudah tahu menunjukkan emosi dan emosi yang ditunjukkan memang disengajakan - tidak ragu-ragu untuk melakukannya.

Mahu ‘bebas’ tetapi tidak mahu ditinggalkan bersendirian - rasa diri ’sudah besar’ tetapi mahu dibelai.

‘reject syndrome’ - dalaman kanak-kanak bukan ‘menentang’ ibu bapa.

‘temper tantrum’ (tidak mampu meluahkan perasaan sepenuhnya dalam bentuk perkataan/verbal)

Berbagai bentuk perasaan takut: bunyi bising, suara binatang, bilik gelap, ‘hilang’ ibu bapa, perubahan persekitaran dan sebagainya (takut pada apa saja yang ‘dianggap’ bahaya).

Emosi anak prasekolah (36 bulan hingga ke usia enam tahun)

Usia 3-4 tahun sudah boleh memahami perkaitan antara emosi dan persekitaran/ sebab yang mempengaruhi emosi.

Mula belajar mengawal emosi yang turun naik.

Pemahaman terhadap emosi orang lain terbatas hanya kepada emosi yang ditunjukkan melalui memek muka.

Perasaan takut yang terbentuk berkait dengan imaginasi dan khayalan berserta perkembangan daya kreativiti dan pemikiran abstrak. Contohnya takut hantu, takut jatuh.

Lebih berdikari, kurang physical contact dengan ibu bapa.

Lebih banyk bercakap untuk mencurah perasaan/menangani perasan.

Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan (7-14 tahun)

Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan.

Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu.

Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik - takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah.

Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai.

Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak ‘out of control’; belajar mengawal perasan.

Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut.

Mula memahami keperluan kumpulan.

Sumber : Forwarded Email


[+/-] Teruskan Membaca...

Mandi manda di Air Terjun



en.hubby belikan pelampung untuk batrisha..ben10.mummy tau cartoon ben10 ni pn melalui batrisha...



en.hubby ajar batrisha swimming..jangan takut batrisha.You can do it!



ni bila batrisha tak mau gambarnya di ambil.tgk tak nak langsung pandang camera tu



batrisha pandang apa tu?ohh banyak betul sang kera di sini..awas makanan...klau leka sang kera ni akan kidnap



perasan tak?bibir batrisha dah biru...sian batrisha sampai mengigil2 kesejukan

Anybody Miss Me???ahaks...Rasa macam dh lama mummy tak hupdate blog ni kan...Bukan ape tetiba ajer mummy rs mcm malas ajer nk membuat n3. Tapi harini mummy gagahkan jua, kot2 ada peminat mummy yang dok tertunggu2 n3 dari mummy..huhuhu...

N3 ni pun dh lama diperam dari cuti hujung minngu aritu...Ni baru nak cerita...Dipendekkan cerita en.hubby dh banyak kali ajak mummy mandi manda di air terjun.mummy rasa pas kawin mummy jadi tak minat nak mandi manda kat air terjun ni. Lainler dulu masa dok sakan bercinta, rajin amatler menghabiskan masa pergi mandi kat air terjun.

Jadi untuk tidak menghampakan en.hubby, last week aritu mummy pun merelakanlah diri ini untuk dibawa ke air terjun Sg.Tekala. Dekat je pun air terjun ni.Yang paling soronok sape lagi klau bukan batrisha. Dari pagi2lagi dia dh tanya, 'bilani mummy kita nak pergi mandi air terjun'. Memang macamni ler ragam dia, klau bab berjalan janganlah cakap awal2. Selagi tak pergi, selagi tu dia tanye bila?.





[+/-] Teruskan Membaca...

Tag Bangga Menjadi Perempuan



Sebenarnya award ini mummy tidak menerimanya dari sesiapapun...uhh sedihnya.Mummy hanya copy paste dr blog Ina saja..Takpe mungkin msh ramai yang tidak menyedari blog yang super duper lagi hot ini..(perasan sesorang ajer ni) Ok tak per, oleh kerana mummy telah menepati syarat utuk menjawab tag ini, maka mummy dengan senang hati nak gak jawab tag ini..

Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
~Mummy memang seorang perempuan melayu terakhir tulen lagi sejati...Tak percaya tgk IC...

2. Copy badge sebagai award anda
~Walaupun ini bukan award utk mummy tp dengan lajunya mummy tlh me'copy' dan meng'paste'nya di sini. Bab2 copy paste mmg laju..

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan..
~Sape yang tak bangga jadi perempuan oooo.....Maka dengan bangganya mummy berikan 7 sbb seperti yang diminta :-

1. Boleh demand hantaran...
hahaha...bestnya jadi perempuan ni.Boleh demand hantaran masa nk kawin nnti.Harga mestilah mengikut harga pasaran...(mata duitan ni...)klau dh suka bape ribu pun msti sanggupkan en.abang sediakan...

2. Dapat menjadi seorang Ibu,Emak,Umi,Mama dan MUMMY
bukan senang wooo untuk mendapat title spt diatas. Kena mll fasa mengandung 9 bulan & bersalin yang aduss sakitnyer itu...bukan smua perempuan blh mendapat title itu..bersyukur kepada perempuan diluar sana termasuklah mummy yang tlh memperolehinya..

3. Perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan..mmg best jd perempuan sbb blh shopping moping.Nak shopping ape?cakap saje..serah saje kepada perempuan.Kerana perempuan mmg dilahirkan pakar dlm bab2 shopping..Tgkler senarai brg dapur pastinya si perempuan akan menyediakan list yang pjg berjela2 itu...lelaki2 ikut sajelah yer...

4. Dalam apa jua keadaan & dlam apa jua situasi msti perempuan akan diberi keutamaan. Kalau tidak, takkan wujud ayat 'Ladies First'.Jangan marah yer lelaki2 diluar sana.Dan jangan disebabkan ini lelaki2 diluar sana ingin menukar jantina pulak...dosa tau menyerupai perempuan!

5. Lagi aper yer???Ha...lagi satu yang mengundang cemburu dihati lelaki2 ialah stiap bulan perempuan akan diberi cuti dari mengerjakan solat.hik..hik..hik..lelaki mmg tak layak dapat cuti ni.Ingt utk perempuan saja!Perempuan juga akan diberi cuti 2 bln dengan bergaji slps melahirkan anak.Time niler blh mkn gaji buta.oooo best....

6. Menjadi perempuan akan sentiasa dimanjakan.uhuks..Betul aper...lelaki kan tidak boleh berkasar dengan makhluk tuhan bernama perempuan ...sbb perempuan dijadikan dari tulang rusuk adam...bukan untuk dikasari tetapi untuk dilindungi...dan perempuan mmg sinonim dengan suka dimanjakan...suka dibelai...tp awas lelaki diluar sana...bukan senang2 tau nak membuli kaum perempuan.Perempuan sekarang dh ada pertahanan diri...

7.Lorr sudah sampai sebab yang ke-7..sbnrnya banyak lagi yang mummy nk cerita pasal bangga menjadi perempuan ni...nape sikit sangat suruh bagi sebab...hihihi...yang ini pasti berbulu aje klau dibaca oleh kaum lelaki...lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan?betul tak?janganlah malu nk mengaku wahai kaum lelaki..fakta ini terbukti sahih apabila lelaki berkahwin dengan wanita maka berat badannya pasti akan naik...kerana hatinya senang dan perutnya kenyang...ha lagi tak mau mengaku...


[+/-] Teruskan Membaca...

Jalan Tanpa Tujuan

Malam td tetiba en.hubby bersuara.."jom kita jalan ke Mines"...lantas didengar oleh batrisha.Apalagi menjerit2 smbl terlompat2ler dia apbl dengar aje perkataan berjalan.Macam mummy gakler pantang dengar berjalan, tak pernah menolak.Jadi ajer...hik..hik..hik...kaki jalan punye org ni...saje aje agknye en.hubby nak buang masa isteri kesayangan dan anak manjanya itu.Bukan ada agenda penting pun untuk ke Mines itu. Tapi dh orang ajak tak kan hendak ditolakkan?Layan ajerlah...

Yuk...layan gambar yang tak seberapa ini...





[+/-] Teruskan Membaca...

Wedding Kawan en.hubby



wedding day kawan en.hubby


The loving couple Aboy & Wawa

Loving couple tengah potong kek


Nape anak mummy sedih ajer ni :)

And the rest of your post here


[+/-] Teruskan Membaca...

Gatai Nak Buat Tag

hahaha....xde kejeler ni...mummy masuk blog Ann lantas terjumpa tag ni...Oleh sebab skrg ni mummy tengah ke arah ini, maka sajeler mummy gatal nk jawab tag ni.Lagipun ann kata klau ada sesiapa baik hati yang nk buat silalah...Okk, mummy ni baik hati tau...

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
~ Lepas kawin mmg plan nak dapat anak terus.Sebab banyak org kata 1st baby tak elok merancang...

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
~ Adam

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
~ Alhamdulilah......seronoknyerrr

4. HOW OLD WERE YOU?
~ 27 thn

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
~ Asyik lapar ajer...and of coz period lewat.Seminggu lebih lewat, check +ve

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
~ En.hubby

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
~ of coz..mummy nak sangat baby girl.Sebab fikir girl boleh pakai memacam baju yang cantik2.Gaun, skirt,suar semua.Klau boy memanjang suar ajerlah.en.hubby plak tak kisah...

8. DUE DATE?
~ due pada 22 May 2006.

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
~ alhamduliah..ms preggy batrisha xbyk alahan yg mummy alami..cuma bila sakit kepala aje yang mummy xtahan...kadang2 tu sampai menangis2.sbb terlampau sakit.

10. WHAT DID YOU CRAVE?
~ suka sangat makan jagung..smpai sekarang batrisha pun fanatik dengan jagung!!!

11. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
~ yes..it's girl

12. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
~ 18 kg...hehehe..masa ni memamg badan rasa macam di pam2...tp alhamdulilah sekarang telah kembali kepada bentuk yang asal. cuma tang perut tu jer yang ada buncit sket...malunyerrr.

13. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
~ alhamdulilah...semua berjalan dengan lancar

14. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
~ Hospital Serdang

15. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
~ 5 jam...rasa syukur sgt proses kelahiran batrisha berjalan dengan lancar...xde ape2 komplikasi pun.Datang spital tengahari dalam kul 12.30pm, doc ckp dh bukak jalan 4cm.Terus tolak labor room.setelah berhempas pulas meneran at last kul 5.50pm batrisha selamat lahir ke dunia...satu pengalaman yang tak mungkin dapat mummy lupakan.

16. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
~ en. hubby, mak dan ucu

17. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
~ seronok sbb en.hubby dpt lihat saat2 mencemaskan semasa proses kelahiran itu (biar dia tau mcm mana susahnya org nak bersalin ni) selain misi & doc.

18. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
~ normal tau...

19. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
~ tak de pun kecuali sedut gas...tp tak bagi effect apa pun. sakit bersalin telah mengatasi segala2nya..

20. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
~ 3.3kg...besar tu!

21. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
~ lewat 5 hari iaitu pada 27 May 2006

22. WHAT DID YOU NAME HIM?
~ Nur Afifi Batrisha

23. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
~ lagi 20 hari batrisha nak masuk umur 3 thn lah!!

24. WOULD YOU DO IT AGAIN?
~ of coz nak.........tgh usaha ler ni...


[+/-] Teruskan Membaca...

Episod Di Kampung

I'm backkkkkk.........hehehe...pas dari cuti yg panjang, bila blk semula ke opis ni, rs mcm bz sgt gamaknya...mmg kebiasaanya awal2 bulan mcm ni mummy bz sokmo...byk benda penting nk kena wat kt opis ni di awal bulan.At last arini, sempat gak mummy membuat n3 di blog kesayangan ramai mummy ini...xde cite apa sgt pun kecuali cerita di kampung..

Mummy smpai kg mlm tu dh lewat mlm, jalan jem tp under control ler...mcm mummy plak yg drive..pdhal en.hubby yg bersengkang mata memandang jalan raya sedangkan mummy dan batrisha lena diulit mimpi. Jadi smpai kg haruslah trus tido..zzzz...esok pg2 mak mummy ajak mummy "jom kita gi Gulatis, baru bukak kt BP ni"..mummmy dengar truss ajer senyum sampai ke telinga dan dlm hati berbunga2..(elok gak blh shopping baju raya!!!yeehaa...).maka perkhabaran itu mummy sampaikan kepada en.hubby.hehehe...en.hubby onn ajer bila mummy ajak nak gi Gulatis..

Pas semayang jumaat, siap2 gi ler mummy,en.hubby, mak dan along (anak2 harus di bawa skli) ke Gulatis yg terletak di Square One.Baru buka Square One ni kat bandar Batu Pahat.Dlm ni selain Gulatis ada Parkson.Sampai aje en.hubby kata, ayang masukler Gulatis tu abg nak jalan2, kot2 ada video game kt cni...apalagi dlm hati mummy seronoknyerr..mummy boleh shopping tanpa en.hubby. Takdelah orang nak tanye, berapa harga kain ni?hehehe...At last dptler mummy shopping 2 pasang kain untuk raya nnti...Mak mummy pun dpt shopping 2 pasang kain, along plak beli sepasang ajer...

Sblm balik mummy ajak mak singgah jap parkson.Dengar2 handbagnya ada sale giler2..mmgpun...less sampai 70%..boleh juling bijik mata mummy memilih handbag2 yang cun itu..mmg byk sgt pilihan handbag2 yg cantik2.Pilih punye pilih dptler mummy beli 2 handbang satu utk mummy satu utk mak (hadiah sempena Hari Ibu). Beg raya gak kiranya ni...Puashati mummy....

Hari Sabtunya plak tak de kemanapun, kecuali ptg tu mummy ajak en.hubby pergi kilang kerepek.Nak borong kerepek sket buat ole2 kt jiran2 mummy kt KL ni..(baiknya hati...)
Esoknya balik Kl lepas Asar.En.hubby dh budget jalan msti jem giler punyer. U're right man! sampai kt Pedas-Linggi jalan punyelah sesak.Pdhal takde accident pun..tuler suasana jalan raya bila stiapkali ada cuti panjang...

Okk, jom layan gambar...






[+/-] Teruskan Membaca...