PakCik Google

Google
 

Balik Kampung..YeeHaa...

Sangat seronok lagi terujanya dihati mummy ini bila mummy sekeluarga dapat pulang ke kampung halaman yang telah lama ditinggalkan...Tak sabar rasanya mahu melihat wajah ayahanda&bonda yang tersayang serta berjumpa dengan anak2 buah yang tercinta (syahdunyer ayat..).Pagi2 lagi telepon mummy sudah berdering. Bila mummy angkat rupanya kedengaran suara mak di kg yg telepon.

mak : Assalammualaikum
mummy : walaikummussalam
mak : tengah wat pe?
mummy : tengah wat kerjalah mak
mak : malam ni sampai kul bape:
mummy : mgkn lewat kot.balik keje pun dah ptg, pas siap2 smua blklah.
mak : saje mak nk tau...mak nak masak lebih sket ni..mak ingat nk masak ikan
sembilan (waduh..ikan feveret mummy tu..)
mummy : xpayahlah mak...harus mkn kt tgh jalan jer nnti...xyah masak lebih2lah..
mak : ohh yer ker...klau cmtu xpelah..

Begitulah hati seorang ibu..Bila dengar aje anak2nya akan pulang mulah dia berkira2 nak masak apa untuk dihidangkan buat anak2nya.





Petang ini mummy sekeluarga beserta adik mummy akan pulang ke kampung sempena cuti Hari Pekerja esokkan.Harus diraikan hari ini dengan penuh rasa gumbira kerana mummykan merupakan seorang pekerja...





Namun bila memikirkan keadaan jalan yang pasti sesak padat memandangkan warga kuala lumpur yang pantang ada cuti panjang sket memasing mulalah berduyun2 hendak pulang ke kampung halaman jugak atau mau merebut peluang cuti sebegini untuk bercuti ke mana2 destinasi percutian bersama2 keluarga terchinta memasing...(peliknye kedengaran ayat ini..xper abaikan...)msti bosankan menghadapi kesesakan jln sebegitu.mcm nak bercuti raya gamaknya.pdhal cuti hari pekerja jer.Buat kecoh ajer org2 KL ni...





Petang ini selepas abis kerja, balik rumah dulu amik batrish siap2 apa yang patut smua so geraklah kami sekeluarga ke Batu Pahat Johor (promote kg sendiri ni..)Harus dalam perjalanan nnti untuk berhenti di mana2 R&R untuk makan mlm...





Ok kepada u'ouls smua yg sama2 juga akan pulang ke kampung atau ke mana jua destinasi maka berhati2lah di jalan raya..okk..Ingat orang yang tersayang...

Soo nnti abis saja percutian mummy di kg, maka sekembalinya mummy di bandaraya kuala lumpur ini akan mummy hupdet segala cerita ceritai yang berlaku di kg nnti...chowww...


[+/-] Teruskan Membaca...

Berkenalan Dengan Migrain

Salam uols,

Petangni mummy rs kepala mummy migrainler.Sudenly ajer penyakit ini datang tanpa memberi amaran.Sbnrnya migrainni mmg dh sebati dengan mummy.Seingt mummy dr sek.menengah lg mummy dah kena migrain.Mgkn faktor keturunan pun yer gak.Sbb mak & makcik mummy sll gak kena migrain ni...Ini serba sedikit info yg mummy dapat psl penyakit migrain ni...so sesiapa yg ada menghidap penyakit ini sila baca artikel di bawah ini okk...


Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.





Jenis-jenis migrain yang utama

Classic migraine

Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut :

- Terlihat cahaya terang (bright spots),
- Garisan zigzag (zigzag lines),
- Penglihatan berganda (double vision),
- Buta sementara (temporary blindness),
- Kebas (numbness),
- Kepala terasa berpusing (dizziness),
- Pening (drowsiness),
- Sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion).
* Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf - satu fenomena yang dikenali sebagai spreading depression of the cortex. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

Common migraine

Tanpa warning terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi. Sebab-sebab terjadinya migrain Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat.

Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

i) Keturunan
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

ii) Pemakanan
Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese,
nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

iii) Diet
Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

iv) Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.

v) Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

vi) Hormon.
Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.

vii) Mengandung.
Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

viii) Haid.
Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid.

ix) Pil perancang.
Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

x ) Menopause (putus haid).
HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

xi)Tidur.
Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

xii) Pemakanan yang tidak teratur.

xiii) Ubat
Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

xiv) Penyebab-penyebab lain.
- Perubahan cuaca.
- Cuaca terang matahari atau lampu.
- Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
- Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
- Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
- Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
- Merokok.


Rawatan Tanpa ubat

i) Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.

ii) Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan
teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.

iii) Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang kena.

iv) Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

v) Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

vi) Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

vii) Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan
saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

viii) Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan.

Ubat

a ) Ubat pemberhenti.


i) Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain.

ii) 5-HT agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin.

iii) Isometheptene.

iv) Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine.

B ) Ubat melegakan.

i) Analgesic (ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.

ii) Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi.

c) Ubat pencegahan.

i) Sesuai untuk yang menghadapi migrain dua kali atau lebih setiap bulan atau migrain yang terlalu teruk sehingga menganggu perjalanan hidup seharian.

ii) Beta blocker terutamanya propranolol melancarkan perjalanan darah.

iii) Calcium channel blocker melancarkan perjalanan darah.

iv) Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), aspirin. Aspirin mengurangkan sakit dan juga mengurangkan pengumpulan platlet.

v) Ubat anti-depressant seperti amitryptyline boleh mengawal kandungan serotonin.

vi) Riboflavin atau vitamin B2 dalam lingkungan 400mg sehari. Herba, Antara rawatan herba yang digunakan untuk melegakan sakit migrain ialah St.John's wort (hypericum), feverfewdan gastrodia. Kelebihan rawatan jenis ini ialah ia tidak melibatkan ubat-ubatan yang selalunya mempunyai kesan-kesan sampingan yang tidak baik. Bagaimanapun, rawatan herba mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan pesakit mengambil herba tersebut untuk jangkamasa lama sebelum kesannya dapat dilihat.

TEORI MENGENAI MIGRAIN

Teori tentang migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Ada yang menyangkalnya dengan bertanya sekiranya teori di atas betul, kenapa migrain berlaku di sebelah kepala sahaja. Saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm di saluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak.

Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak berkurangan. Pada masa yang sama, platlet (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri - jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak. Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar). Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang mumbuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah.

Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini dan juga pengembangan saluran darah arteri menyebabkan terjadinya migrain.

Jenis-jenis migrain yang lain

i) Hemiplegic migraine - rasa lemah sebelah badan. Gene yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti.

ii) Ophtalmoplegic migraine - sekeliling mata.

iii) Basilar artery migraine - berlaku disturbance di saluran darah arteri ke otak yang utama.

iv) Benign exertional headache - disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin.

v) Status migraine - berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakaitan yang dirasa sangat teruk.

vi) Headache-free migraine - tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit.

Migrain di kalangan kanak-kanak

Sebelum baligh kejadian migrain di kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan sama. Selepas itu, selalunya lebih ramai perempuan mengalami migrain. Selalunya kanak-kanak mengalami migrain di kedua-dua belah kepala atau di bahagian hadapan kepala sahaja. Jangkamasanya pula lebih pendek - ia mungkin berlaku selama 30 minit sahaja. Berbanding dengan migrain dewasa, migrain di kalangan kanak-kanak selalunya menyebabkan masalah perut yang lebih teruk. Antara tanda-tanda migrain berlaku ialah muntah, cirit-birit, selalu kencing, dahaga dan berpeluh.


Sumber:www.ehoza.com

[+/-] Teruskan Membaca...

1st Time Kena Tag..

Pagini mummy baca blog kwn cyber pertama yg mummy kenal...alamak!!mummy tgk nama mummy tlh di tag...so sgt excited nk jwb tag ini memandangkan ini kali pertama di tag...ok mari kita try test utk jwb tag ini...

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Okk klau tgk kt atas pun dh blh tau nama blog mummy ialah Di Sini Segalanya Bermula...
Nama itu dipilih kerana di blog inilah bermulanya segala hasil penulisan mummy xkiralah samada yg sedap atau tidak untuk dibaca..kiranya layankan jelah.

2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Lagi mau tanya ka??cuba tgk kt url atas tu..link blog mummy ialah http://hotmummy4ever.blogspot.com
Sbnrya idea nk namakan link ni dtg dgn sepintas lalu ajer...kiranya main tangkap muat ajelah..tp bila2 dh lama2 rs amat berbangga dengan link yg mummy pilih ini...(cewahhh...puji diri sndiri nmpk?)

3. APAKAH ‘METHOD’ PENULISAN DALAM BLOG ANDA
Takde method atau kaedah apa2pun...segala2nya yg berlaku dlm kehidupan harian mummy buleh dimskkan di blog ini...blog ini lebih kepada mummy diaries...skrg org dh xguna diari..soo alternativenya gunakanlah blog nk luahkan segala isi hati ni.,hikhikhik...

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Tak pernah terasa pun...mana mungkin mummy mau menghapuskan blog yg betapa amat susah payah mummy nk membuatnya..NO!!

5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Tak berapa kenal sbb baru kenal di alam cyber ini..tp yg mummy tau beliau merupakan mummy kpd 2 org hero....yg psti blog beliaulah merupakan blog pertama yg mummy jatuh hati....sgt minat tgk beliau punye blog..bukan bodek eh..ini realiti.

6) siapa mangsa tag ini yang seterusnya
Siapa ek??
maziaelzia
mamasyahmie

[+/-] Teruskan Membaca...

Posing Bersama Batrisha

Dh petang2 mcmni barulah kuar idea nk n3 kt cni...sbnrnye dh xsabar nk blk...ditambah plak esok sabtu..yeehaaa...leh lepak kt umah puas2.Okk,Mummy nk cite perihal anak mummy yg baik sgt plak smlm... Tiba2 disuruhnya mummy mengambil aksi2nya untuk diabadikan di blog ini..Nah ini hasilnya...





Mummy,please take my picture..



one more mummy...



what are u thinking batrisha...



oh..i feel soo tired..dan akhirnya batrish pun tertido kepenatan setelah penat berposing...kesiannya anak mummy...hik..hik..hik..

[+/-] Teruskan Membaca...

Khusus Untuk Wanita Bergelar Isteri

Hi ouls...

Dah lama mummy tak membuat entry yang baru...lately mummy asyk dok sebok ajer mencantikkan blog mummyni...Nah inilah hasilnya yang tak seberapa...sedap mata memandang ajerlah...masih byk lagi yg perlu mummy pelajari..man2 okk...

Pagi ni mummy ada terbaca satu artikel dari forumer bernama terminite dari link faveret mummy..Artikel ini khas untuk para-para isteri seperti mummy okk...Jom kita baca!


"Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu

Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu

Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah

Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku

Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah Sensasi

Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.

Zon Rasa

Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih 'macho' perkasa.

Daerah Rangsangan

Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.

Sentuhan Kasih Sayang

Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana

Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.

Pesona Pandangan

Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata

Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan Geram

Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas

Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.

Planet G-Spot

Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya

Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas Kilat


Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’

Kejutan Halwa Mata

Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda

[+/-] Teruskan Membaca...

Hot Air Ballons @ Putrajaya

Seronoknya Batrisha bersama dua org sepupunya abg eykal & kakak erin di petang ahad melihat belon panas..."mummy cantiknye belon tu..." itulah diantara kata2 Batrish sebaik saja belon panas itu naik ke udara..ada berbagai2 bentuk...org pun xkurang ramainye...so mari kita layan gambar2 yg smpt mummy snap ni....




Batrish wif abg eykal & kakak erin



mummy & papa..peace...



ramainyer orangkan...



it's me..okk...

[+/-] Teruskan Membaca...

Musim Kawanku Kawen

Seronoknye mummy time ni pabila dpt wedding card 2 org kawan baik mummy ms study di UKM dulu yg akan menamatkan zaman bujang diaorg, iaitu Ayu & Matun...Finally jumpe gak diaorg dgn Mr.Right memasing. Doa mummy semoga jodoh diaorg berkekalan sehingga ke anak cucu...Yang buat mummy sonok gak coz mummy dpt jmpe ngn geng2 lama mummy..masa mummy study dulu kitaorg yg smua satu kepala ni ada group,namanya BeeGees Group...Time ni teringt plak kenangan ms dolu-dolu...seronoknya klau dpt melalui saat itu kembali...





ha..inilah gmbr pengantinye...

[+/-] Teruskan Membaca...

Cuti-Cuti Malaysia-Cameron Higlands & Lumut

Kali ni mummy nk bercerita plak cuti2 Malaysia mummy ke Cameron Highlands&Lumut. Ok, di Cameron Higlands mummy tinggal di Park View Apartment..Percutian ke Cameron Highlands ini jugak disertai oleh mak mertua mummy dan adik beradik en.hubby. Oleh kerana ramai maka kami pun menyewa di apartment.Mmg selesa ler apartment ni dgn segala kemudahan memasak. Antara tempat2 menarik mummy lawati biasaler Tea Plantation (siap duduk2 minum air teh strawberry lg...slurp..slurp), Flower nursery, strawberry farm, night market (pekena strawberry coklat...nyum..nyum...).

Di Lumut plak mummy stay dekat Swiss Garden Resort...Gi lumut pun sbb nk attend wedding cousin mummy..alang2 dh sampai cna kita amik peluang bercuti skli ler...so mummy gi ngn mak, abah, along & ucu...tp xsyoknyer rs mcm swiss garden ni kt pedalaman ajer..sbb jauh giler nk msk resort ni.Yang best swimming pool dia..cantekk sgt okk.


[+/-] Teruskan Membaca...

Cuti-Cuti Malaysia-Genting Highlands

Ok, still dalam mood bercuti, kalini mummy & en.hubby memanjat puncak Genting Highlands plak. Pergi pun the main reason sbb nk bwk Batrisha bermain2 di Theme Park nye. Inilah kali pertama Batrisha ke sini,Bukan main seronok skli Batrisha dpt bermain permainan di sana. Tak pasal2 mummylah yg menjadi mangsa untuk menemankannya stiapkali dia nak naik permainan itu..So terpaksalah mummy memilih permainan yang org dewasa pun blh join sekali. En.hubby jugak yg untung coz dpt main segala jenis permainan yg adventurous. Tapi kalau bagi mummy change pun main, tobat mummy tak nak mainnyer..sbb mummy ni kecut perut nak main permainan yg adventure2 ni..rasa macam mati hidup semula ajer…huhuhu…




[+/-] Teruskan Membaca...

Cuti-cuti Malaysia-Kuala Terengganu

Sebnrnya ini smua cerita lama...tp barulah ni dapat mummy bgtau...hehehe...
Sonok sgt mummy dan en.hubby dapat bercuti ke Terengganu.Sebenar itu idea mak dan abah mummy yg nak jenjalan ke sana.Mummy dan en.hubby hanya merialisasikan saja hasrat mak dan abah itu..
So sebelum ke sana mummy pun wat ler preparation..Goggle ler kt intenet sgl bagai ttg hotel, map, dan tempat2 menarik untuk dilawati nnti. Mummy juga colling2 ler kwn lama mummy masa kt u dulu.Namanya Annie Julia.Jejak kasih ngan dia you...So dia ler yg tolong mummy booking hotel kt cna...
Kitaorg bergerak dr kajang pada kul 12 tgh mlm cmtu pada 18.12.08.Perjalanan mengambil masa yg panjang, oleh kerana en.hubby sorg yg drive, so masa nk dkt subuh tu kitaorg berenti di kuantan untuk en.hubby melelapkan matanya sebentar.Seram gak masa tu kerana tak banyak pun kereta..Yelah awal2 pagi gitu...After solat subuh kami pun bertolak ke Kuala Terengganu..Otw berenti bekpes dulu ok..(tak ingat pe nama tmpt tulah...dhlama sgtkan..)
Sampai di KT mummy mmg dh siap2 deal ngn Annie tu.So setelah hanpir 7 thn tidak bertemu dgn Annie(pas abis belajar msg2 bwk haluan sndiri) akhirnya hari itu kami bertemu jua. Sangat seronok sgt mummy dpt jumpe kwn lama.

Ok , di KT mummy, en.hubby,mak dan abah pun gi ler ke tmpt2 yg mmg sape2 pun dtg sini pasti akan pergi juga.. Dia antaranya Masjid Kristal (dpt gak jejak kaki ke sini), pasar payang(shopping tak hengat kt cni),Masjid Terapung dan jugak Losong(apa lagi kopok lekor ler).So, ini adalahgmbr2 yg sempat mummy snap spjg percutian itu..enjoice...







[+/-] Teruskan Membaca...

My Sweet Little Princess


Ini plak my little princess Nur Afifi Batrisha...

[+/-] Teruskan Membaca...

Wedding Ceremony











Ini plak mummy dan en.hubby...
sepadan tak?







Ini lagu tema kami berdua

Artis : Awie
Lagu : Iris

Kau masih ku cintai ..sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku
Kau masih Dewi hatiku..sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu

Chorus *

Cintaku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh..
Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku

Ulang *

Kau masih ku cintai..sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinya pasti
Engkau milik ku..

[+/-] Teruskan Membaca...

Mak dan Abah


Inilah wajah kesayangan hamba-mak dan abah mummy.

[+/-] Teruskan Membaca...

Al-Kisah Empunya Blog

Baca tajuk nampak macam skemma aje...takpelah ....Ok now mummy nk memperkenalkan diri mummy.Orang kata tak kenal maka tak chenta kan? betul3x..(versi upin &ipin)..Mummy ni merupakan anak kepada Hj.Manap Bin Buang dan pasangannya Hjh.Siti Norlela,
isteri kepada En.Hubby Nor Ismail Bin Nordin dan mummy kepada Nur Afifi Batrisha Binti Nor Ismail.Mummy berkahwen pada 03.06.05 setelah mengenali en.hubby selama 6 tahun..(wah lama gitu...)Jumpe en.hubby memang tross terpikat..love at the first sight..(time tu rsnye dunia itu hanya milik kita berdua)..la...la...la...hati berbunga2 gitu...

[+/-] Teruskan Membaca...

Jejari Menari...









Salam All...
Yuu huu....wassup...wassup...
I'm back....Actuallly mummy dh ada blog sebelum ni, cumanya tak berapa nak hidup aje...org kata macam nyawa2 ikan saja...bukan apa masa tu, mummy tak punye banyak masa untuk meng'update' blog mummy tu..Jadi ianya pun berkubur begitu saja...Mummy memang minat nak ber'blog' ni.Yelah dolu2 masa time skol2 mummy minat menulis diari.So skrgni our life dh makin canggih so kita transform (bahasa AF7 ni) kepada menulis (xsesuai...manaip)
blog lah plak.Lately mummy punye hobi suka bangat baca blog2 org terutama blog yg mummy kenal empunyanya...Jadinye keinginan mummy utk ber'blog' pun terbit kembali...Tapi sayangnya mummy ni tak begitu kreatifler...Tp akan mummy usahakan, memerah otak ini untuk menghasilkan blog yg tidak menjemukan pembacanya...so layannnnnnnn........

[+/-] Teruskan Membaca...