PakCik Google

Google
 

Balik Kampung..YeeHaa...

Sangat seronok lagi terujanya dihati mummy ini bila mummy sekeluarga dapat pulang ke kampung halaman yang telah lama ditinggalkan...Tak sabar rasanya mahu melihat wajah ayahanda&bonda yang tersayang serta berjumpa dengan anak2 buah yang tercinta (syahdunyer ayat..).Pagi2 lagi telepon mummy sudah berdering. Bila mummy angkat rupanya kedengaran suara mak di kg yg telepon.

mak : Assalammualaikum
mummy : walaikummussalam
mak : tengah wat pe?
mummy : tengah wat kerjalah mak
mak : malam ni sampai kul bape:
mummy : mgkn lewat kot.balik keje pun dah ptg, pas siap2 smua blklah.
mak : saje mak nk tau...mak nak masak lebih sket ni..mak ingat nk masak ikan
sembilan (waduh..ikan feveret mummy tu..)
mummy : xpayahlah mak...harus mkn kt tgh jalan jer nnti...xyah masak lebih2lah..
mak : ohh yer ker...klau cmtu xpelah..

Begitulah hati seorang ibu..Bila dengar aje anak2nya akan pulang mulah dia berkira2 nak masak apa untuk dihidangkan buat anak2nya.





Petang ini mummy sekeluarga beserta adik mummy akan pulang ke kampung sempena cuti Hari Pekerja esokkan.Harus diraikan hari ini dengan penuh rasa gumbira kerana mummykan merupakan seorang pekerja...





Namun bila memikirkan keadaan jalan yang pasti sesak padat memandangkan warga kuala lumpur yang pantang ada cuti panjang sket memasing mulalah berduyun2 hendak pulang ke kampung halaman jugak atau mau merebut peluang cuti sebegini untuk bercuti ke mana2 destinasi percutian bersama2 keluarga terchinta memasing...(peliknye kedengaran ayat ini..xper abaikan...)msti bosankan menghadapi kesesakan jln sebegitu.mcm nak bercuti raya gamaknya.pdhal cuti hari pekerja jer.Buat kecoh ajer org2 KL ni...





Petang ini selepas abis kerja, balik rumah dulu amik batrish siap2 apa yang patut smua so geraklah kami sekeluarga ke Batu Pahat Johor (promote kg sendiri ni..)Harus dalam perjalanan nnti untuk berhenti di mana2 R&R untuk makan mlm...





Ok kepada u'ouls smua yg sama2 juga akan pulang ke kampung atau ke mana jua destinasi maka berhati2lah di jalan raya..okk..Ingat orang yang tersayang...

Soo nnti abis saja percutian mummy di kg, maka sekembalinya mummy di bandaraya kuala lumpur ini akan mummy hupdet segala cerita ceritai yang berlaku di kg nnti...chowww...


0 Katakanlah: