PakCik Google

Google
 

Tag Bangga Menjadi Perempuan



Sebenarnya award ini mummy tidak menerimanya dari sesiapapun...uhh sedihnya.Mummy hanya copy paste dr blog Ina saja..Takpe mungkin msh ramai yang tidak menyedari blog yang super duper lagi hot ini..(perasan sesorang ajer ni) Ok tak per, oleh kerana mummy telah menepati syarat utuk menjawab tag ini, maka mummy dengan senang hati nak gak jawab tag ini..

Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
~Mummy memang seorang perempuan melayu terakhir tulen lagi sejati...Tak percaya tgk IC...

2. Copy badge sebagai award anda
~Walaupun ini bukan award utk mummy tp dengan lajunya mummy tlh me'copy' dan meng'paste'nya di sini. Bab2 copy paste mmg laju..

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan..
~Sape yang tak bangga jadi perempuan oooo.....Maka dengan bangganya mummy berikan 7 sbb seperti yang diminta :-

1. Boleh demand hantaran...
hahaha...bestnya jadi perempuan ni.Boleh demand hantaran masa nk kawin nnti.Harga mestilah mengikut harga pasaran...(mata duitan ni...)klau dh suka bape ribu pun msti sanggupkan en.abang sediakan...

2. Dapat menjadi seorang Ibu,Emak,Umi,Mama dan MUMMY
bukan senang wooo untuk mendapat title spt diatas. Kena mll fasa mengandung 9 bulan & bersalin yang aduss sakitnyer itu...bukan smua perempuan blh mendapat title itu..bersyukur kepada perempuan diluar sana termasuklah mummy yang tlh memperolehinya..

3. Perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan..mmg best jd perempuan sbb blh shopping moping.Nak shopping ape?cakap saje..serah saje kepada perempuan.Kerana perempuan mmg dilahirkan pakar dlm bab2 shopping..Tgkler senarai brg dapur pastinya si perempuan akan menyediakan list yang pjg berjela2 itu...lelaki2 ikut sajelah yer...

4. Dalam apa jua keadaan & dlam apa jua situasi msti perempuan akan diberi keutamaan. Kalau tidak, takkan wujud ayat 'Ladies First'.Jangan marah yer lelaki2 diluar sana.Dan jangan disebabkan ini lelaki2 diluar sana ingin menukar jantina pulak...dosa tau menyerupai perempuan!

5. Lagi aper yer???Ha...lagi satu yang mengundang cemburu dihati lelaki2 ialah stiap bulan perempuan akan diberi cuti dari mengerjakan solat.hik..hik..hik..lelaki mmg tak layak dapat cuti ni.Ingt utk perempuan saja!Perempuan juga akan diberi cuti 2 bln dengan bergaji slps melahirkan anak.Time niler blh mkn gaji buta.oooo best....

6. Menjadi perempuan akan sentiasa dimanjakan.uhuks..Betul aper...lelaki kan tidak boleh berkasar dengan makhluk tuhan bernama perempuan ...sbb perempuan dijadikan dari tulang rusuk adam...bukan untuk dikasari tetapi untuk dilindungi...dan perempuan mmg sinonim dengan suka dimanjakan...suka dibelai...tp awas lelaki diluar sana...bukan senang2 tau nak membuli kaum perempuan.Perempuan sekarang dh ada pertahanan diri...

7.Lorr sudah sampai sebab yang ke-7..sbnrnya banyak lagi yang mummy nk cerita pasal bangga menjadi perempuan ni...nape sikit sangat suruh bagi sebab...hihihi...yang ini pasti berbulu aje klau dibaca oleh kaum lelaki...lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan?betul tak?janganlah malu nk mengaku wahai kaum lelaki..fakta ini terbukti sahih apabila lelaki berkahwin dengan wanita maka berat badannya pasti akan naik...kerana hatinya senang dan perutnya kenyang...ha lagi tak mau mengaku...


0 Katakanlah: