PakCik Google

Google
 

Projek Menabur Duit

Akhirnya arini mummy sempat meloloskan diri dari kesibukan yang melampau..Nak gak curi masa untuk membuat posting..Rasa macam sepi jer asyik2 bukak blog tengok posting yg dah bersawangtu.Pasti uoals pun tertunggu-tunggu entry yang meletop dari mummykan..ecehceh...

Mummy nak cerita pasal projek mummy dengan en.hubby..huhu..Jangan terkezut yer..Ini bukan projek 18SX tau.Projek mega pun bukan..Projek yang mummy maksudkan ialah projek membeli frame di Nilai 3.

Yer projek ini adalah sebahagian dari persiapan kami sekeluarga untuk menyambut aidilfitri yang bakal tiba..Mesti ramai yang terkejutkan..Puasa pun tak lagi, entah2 ganti puasa pun belum tapi dah fikir pasal nak raya..Begituler semangatnya mummy setiapkali nak menyambut raya.Mengalahkan kanak2 gamaknyer.Batrisha pun tak se-excited macam mummy..Sebab batrisha belum tau lagi tak lama lagi kita nak raya.

Bukan apa, mummy memamg suka buat persiapan awal2, sebab mummy tak nak kelamkabut last2 minute nnti.Klau semua nak beli last minute, duit banyak yang berbakul2 pun rasa tak cukup. Klau uoals nak tau, baju raya mummy semua dh settle,cuma belum siap lagiler.Tapi dah sampai kat tangan si tukang jahit dari bulan lepas lagi. Baju batrisha mummy dh beli dalam 3 pasang.Cuma nnti nak tambah sket lagi jer. Cuma baju en.hubby jer satu ape pun tak ready lagi.Tahun ni en,hubby tak tempah baju melayu. Sebab tahun lepas dh buat.So recycle aje.Memamg baju melayu en.hubby mummy tempahkan 2 tahun sekali. Rugi tempah setiap tahun sebab pakai time semayang raya jer.Lainler baju kurung mummy ni harus tempah setiap tahun. Klau tak tak glamer mummy nanti..Huhuhu...

Alamak..dah merepek plak mummy ni..Niat hati nak cerita pasal projek beli frame kt Nilai 3 tu, tapi dah terlencong ke tempat lain plak.Ok2 back to the real story..
Yer last week aritu, mummy telah berjaya mencairkan hati en.hubby untuk menemani mummy ke Nilai 3 untuk shopping frame. Bukan senang tau nak ajak en.hubby melakukan projek menabur duit ni. Tapi disebabkan kepakaran isterinya ini maka cair gakler hati en.hubby.

Sangatler seronok mummy sampai di Nilai 3. Rasa macam nak masuk semua kedai jer.Tapi dari rumah telah di set di kepala hanya pergi ke sana untuk membeli frame saje.Jadi berkuburler angan2 nak masuk kekedai yang takde kena mengena dengan frame tu. Pilih punye pilih dapatler mummy rembat 3 frame dengan harga tak sampai RM 150.Murah kan?? Besar2 plak tu frame tu... Huh...puas hati den...En.hubby pun tersenyum sampai ke telinga kerana harga dibawah budget...

Inilah frame2 terpilih...


ayat 4 Kul..frame ni paling mummy minat


ni plak jam...


sowey masih didalam kotak..berat woo nk kuarkan..tp ni frame gambar kaabah..siap ada lampu dah suara azan lagi


semua frame tu mummy borang dari kedai ni..siap amik kad lagi.Tahun depan nk borong lagi

Antara kedai2 yang sangatler mengugat keimanan


Sarwak Handicraft


nampak tak kain2 yang tersusun tu...nasibler baju raya dah siap tempah..klau tidak...

vantage/english style...so sweet..dapat amik gambar ajelah..


Ni pemandangan pertama yang mummy nampak sebaik sampai di nilai..yer..dia longgok2 ajer comforter2 ni di luar kedai..tp bukanler brand Akemi atau Aussino...Tapi bolehler di rembat untuk buat tukar2...





[+/-] Teruskan Membaca...

Award

Arini mummy dapat award dari hanie...Tak sangka korang mummy ni top 3 komentar kat blog Hanie...So, disebabkan award ni merupakan penghargaan buat mummy so onthespot mummy publishkan award ni.


see...nama mummy di rangking yang ke-3...



cantekk kan this award..suka2x..




[+/-] Teruskan Membaca...

Batrisha Belajar Solat



Alahai..comeynyer anak mummy..Masa ni mummy nk solat maghrib.Batrisha klau mummy solat dia pun nak ikut solat sekali. Dari mummy start amik air semayang, dia dah ikut mummy.Nak gak amik air semayang macam mummy. Tapi abisler basah2 baju dia. Apa taknya sambil amik air semayang sambil dia main air. Bila mummy bentang sejadah dia pun suh mummy bentang sejadah untuk dia.Bila mummy pakai telekung dia pun suh amik tudung dia.Tu sebab mummy belikan khas tudung untuk dia.Biar senang klau tetiba dia buat perangai nkpakai tudung atau telekung macam mummy.Mummy layan jer karenah dia. Bagus juga kecik2 dia dh terdedah dengan cara2 macam mana nk solat ni. Tapi memang kelakar betul bila tengok dia solat ikut mummy...Mulut pun ikut kumat kamit gak. Semoga bila dah besar nanti batrisha akan rajin2 solat.




[+/-] Teruskan Membaca...

Puasa di bulan Syaaban


Alhamdulilah..now dah pukul 4.30pm..lagi bape jam jer mummy nk berbuka pose.Actually arini mummy pose..sempena bulan syaaban ni..Banyak ganjarannye klau kita dapat berpose pada bulan ni..Kat sini ada sedikit info yang dapat kita kongsikan bersama tengtang kelebihan berpuasa di bulan Syaaban.

Kelebihan berpuasa di Bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa,zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu,dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban,sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib.Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa.Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur,pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.


credit to:dehan


[+/-] Teruskan Membaca...

Tips Gaya Tidur Bayi

Tadi mummy godek2 google..lalu terjumpelah artikel ni.Sangat sesuai untuk ibu2 yang ada anak kecil.Artikel ni memberi panduan cara yang selamat untuk menidurkan anak...Lagipun klau bayi tak dapat tidur yang cukup, maka ia akan meragam..So artikel ni boleh bagi tips pada ibu2 agar bayi mereka dapat tidur dengan selesa.



Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.

* Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
* Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
* Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
* Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.

* Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi :

* Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
* Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.
* Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
* Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
* Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
* Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
* Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
* Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
* Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-

* Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
* Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
* Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
* Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.

* Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
* Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
* Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
* Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.

sumber: rahsiaperkahwinan


[+/-] Teruskan Membaca...

MU lagi...

Cerita ini sudah basi...tp mummy baru sempat nk hupdet...sangatler bz sampai tak sempat nk hupdet blog.Tapi mummy masih sempat terjah dan komen sepatah dua kt blog kawan2..yang mana2 tak sempat terjah tu, sila jangan kecik hati yer.

Ok masih ingat entry mummy tengok sesi training MU?klau tak ingt bolehler jengah di sini.So, masa training ni pun dah beribu orang yang membanjiri stadium bukit jalil..tengokler betapa ramainya dan fanatiknya rakyat malaysia terhadap MU ni...Sape yang tak kenal MU?budak umur 5 thn pun dh tau nak minat2 MU ni..begitulah besarnya pengaruh MU ni.Lagipun MU adalah kelab bola sepak dunia yang mempunyai peminat paling ramai sekali...

Korang nak tau si kecik batrisha tu pun dah pandai sebut MU.tapi dia tak panggil MU, dia panggil machester..Mummy tanye dia batrisha nk pegi mana?dia jawab nak tengok machester..Ni mesti gara2 en.hubby yang mengajar dialer sebut machester...So, petang tu weols jugak sangatler teruja nk melihat dengan mata kepala weols kelab bola sepak dunia ni..en.hubby memang peminat MU...siap ada koleksi baju MU, cap MU & sweater MU..tak tauler lepasni en.hubby nk collect apa plak...So, kita layan gambar2 di sekitar training session ini okeh...


byk lagi yang mummy snap, tp takut korang muntah plak tengok








Pssssssttttttttt........kami juga antara ribuan penyokong MU yang memakai baju merah...(jgn baca kuat2okeh)suppose kita rakyat malaysia harus support player malaysiakan?nak wat cmne bukan senang nk tengok real MU..cian batrisha takde baju MU.before pegi tu mummy saje usik batrisha...

mummy : mummy dengan papa ada baju machester...batrisha takde
batrisha : jomler kita pegi beli mummy
mummy : nak beli kat mana
batrisha : kt giant ada jual

wakaka...mummy dengan papa bantai gelakkan batrisha....so at the end pakailer batrisha baju color pink.nasib baik batrisha ok jer..maunye dia mengamuk nak pegi giant gak beli baju MU, haru mummy dibuatnyer..



sehati dan sejiwa


harus posing...


peminat Mu paling kecil


peminat MU no.1


separuh masa ke-2..posing lagilah...


sempat lagi tu ikatkan rambut batrisha


tengah Q untuk masuk stadium

So harap korang sila jangan muntah ok tgk gambar yg banyak berwarna merah ini...


[+/-] Teruskan Membaca...

Syoknyer dapat tengok player MU

Huhuuu....tadi en.hubby coll..en.hubby kata dia dapat pass tengok training session MU vs Malaysia dekat Stadium Bukit Jalil...Ini adalah conversation kami di telefon...

en.hubby : abang dapat pass tengok training Mu vs M'sia petangni dekat bukit jalil
mummy : ala...dapat satu jer ker? ayg nk tengok gak...
en.hubby : ayg nk tengok gak ker?erm...tak payahler...
mummy : mana aci, abg pegi tengok sorang2...
en.hubby : okler, nnti abg try 'ayat' member abg tu mntk satu lagi pass
mummy : ok...(smbil senyum sampai ketelinga)

Hahaha...tengok tu betapa kijemnyer mummy..Paksa en.hubby untuk dapatkan pas untuk mummy gak.Pas ni pun sebenarnya harga dia RM30 tau..tp entah cmne member en.hubby bg free jer...Kan dah cakap mummy ni bab2 berjalan memamg sgtler excitednyer.

Soo, sat td en.hubby sms kata ok, abg dh dpt pas untuk ayg...wah seronoknyer mummy...tak dapat tengok game sebenar dapat tengok sesi latihan pun jadilah...Actually game sebenarnya esok kt bukit jalil gak , kul 5:30 pm.en.hubby kata smua tiket yang mahal2 sudah sold out...yang tinggal hanyalah tiket yang murah2 jer..yang pasti tiket murah ni mestiler dok nunnn jauh kat atas...yang nmpk player pun mcm semut keciknyer...hahaha..

Pagi tadi datang opis pun dengan perasaan berbunga2 nya..Ditambah plak arini ari Jumaatkan...Mummy decide untuk half day jer arini.So sampai opis, isi form terus letak atas meja bos..Bos kasi tak kasi mummy tetap gak nk half day arini.

So,ni mummy bagi korang tengok pas nyer..tengok ajer tau!saje nak bagi korang jeles...huhuhu...





[+/-] Teruskan Membaca...

Sepetang di taman

Petang td en.hubby cakap pas balik keje dia nk main takraw dengan member2 dia. so dia tanye mummy nak ikut tak..rasa mcm malas, sebab balik keje msti dah letih...tapi klau mummy tak ikut sure batrisha pun kena tinggal kt rumah.Kesian plak kt dia petang2 dok umah ajer..So mummy pun ikutler...

Dekat ngan court takraw tu ada taman permainaan kanak2, so dah tentular batrisha tu happy giler dapat main kt situ.Padang tu pun tak ramai kanak2 yang dok main kt situ...So batrisha boleh konker ler sesorang..taman ini aku yang punyer




muka happy batrisha dapat main kat taman



en.hubby ready untuk main takraw



batrish wif luvly mummy&papa

nak tengok keseronokkan batrisha main kat taman
^
^
^
^
^
^
^
^




sonoknyer mummy main kuda2 ni


okk..nak panjant gelongsor lah plak


ready untuk turun


mummy syoknyer siap boleh baring2 lagi

[+/-] Teruskan Membaca...

Penangan Ice-cream kit kat

Batrisha klau bab2 dapat makan ice-cream memang seronok bebenarlah dia...Nak2 semalam murah rezeki dia coz auntie alissa bagi dia DUA ice-cream kitkat..Ice-cream ni mmg sodap giler..mummy pun sokerr sangat..tengok tu batrisha makan ice-cream punyerle comot...mummy & papa nak rasa pun dia tak bagi...ish...kedekutnyer anak mummy ni...
^
^
^
^
^
^
^








[+/-] Teruskan Membaca...