PakCik Google

Google
 

I hate MONDAY





Jam menunjukkan baru pukul 2.41pm...waduh lama lg ler nk balik...padahal rs mcm dah lama jer dok kt opis ni...

Takde keje ker nak wat?Bukan takde keje tapi harini merupakan hari malas mummy.Dari pagi tadi mood MALAS ni dah berada dalam diri ni.Nak bangun pagi malas, nak mandi malas, nak pergi keje malas dan nak wat keje pun malas gak...


Janganler malas2..Yer mummy malas arini sebab harini hari isnin.Mummy benci hari isnin.Sebab hari isnin adalah hari permulaan mummy nk melangkah ke opisni..kan best klau setiaphari merupakan hari sabtu&ahad...bolehler rileks2 kt umah aje...

Mata mummyni rasa macam berat dan berair aje...Lagipun malam tadi mummy tak boleh nak tidoler, tak tau apasal, Pukul 4 pagi, bagun tengok jam..lambat lg nk pagi...mummy pejamkan mata balik walaupun fikiran mummy merewang kemana2 nth...





Yer..nasib hari isnin cuma ada sehari jer dalam seminggu,Klau tak parahler mummy...Hahaha...actually hari isnin tak salah...yang salah ialah hari pertama dalam sesuatu minngu tu...Klau hari Jumaat adalah permulaan hari dalam seminggu tu maka hari jumaatler mummy benci...

Kawan-kawan yang lain macam mana?adakah sama macam mummy?Mencikan hari Isnin?






[+/-] Teruskan Membaca...

Tag Anak

Harini bila mummy dapat tau mummy telah di tag lagi oleh hanie, maka cepat2 ler mummy siapkan tag ini.Kononnya taknakler berhutang banyak2 tag. Lagipun orang dah memberi kita mestilah menerimanya dengan hati terbuka..nah gitu...(ayat sopan)

Okk, terima kasih tidak terhingga kepada hanie yang sentiasa ingt kepada mummy, yelah bak kata orang klau dapat tag ni maknanya orang tu ingat kat kita...


Jom kita berhempas pulas menjawab tag ini

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
~So far anak mummy masih sorang lagi..Dialah setakatni sorang2nya cinta hati mummy& en.hubby

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak? planning??
~Memang sangat2 tengah berusaha berhempas pulas kekdahnya ni...Klau boleh nak bagi kawan untuk batrisha.Takdelah dia asyk dok cakap sesorang ajer..alahai kesiannya anak mummyni.

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
~ Nur Afifi Batrisha-Nur-cahaya,Afifi-yang bermaruah, Batrisha-cerdik pintar.So hopely mummy harap bila dah besar batrisha jadi anak yang bermaruah, cerdik dan pintar.

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
~Bab2 beri nama anak ni, dah tentuler orang pempuan diberi kepercayaan 100%kan..so nama ni mummy yang berikan.en.hubby okeh saje.

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
~Zaman dan makin canggih cari nama anak pun boleh dari internet.google aje nah kuarler senarai nama2 yang canttik2.So tak payah pi beli buka Himpunan nama2 dalam islam lagi.

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
~Nak bagitua ker?tak payahler, bila dah sampai masanya nnti mummy bagitau okeh.

7. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
Ikut planning nk 4 orang. 2 boy and 2 gurl.Insya allah klau ada rezeki.Doakanler mummy yer.

8. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan . berapa jarak beza umur anak anda?
~Setakat ni masih sorang lagi...

9. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?
~Of cozler mummy nak boy, biar sepasang gitu...Semoga tuhan makbulkan permintaan mummy..amin...

10. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
~Persamaan yang plg ketara adalah mukanya...muka batrish mmg sebijik mcm muka mummy..kira nk imagine muka mummy masa kecik tgklah muka batrish skrg..huhuhu

11. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.
~Nak upload dah bykkan mummy upload kt blog.Apa tak puas?Ok2 mummy upload lagi..tadaa...






Nak tag sape yer ??
~Dah tentulah rakan2 bloggers seklian yang telah mendapat title puan..dan calon yang terpilih ialah
1.Kak Linda
2.Kak Yong
3.emma
4.mamasyaza


[+/-] Teruskan Membaca...

50 Tips Rangsang Anak Bijak

Semua ibu bapa mesti mahukan yang terbaikkan untuk anak2kan?Nak2 zaman sekarangni, manusia smua berlumba2 nk jadi pandai dan orang pandai pun dah semakin ramai.Sebenarnya ketika masih didalam perut lagi, baby seharusnya sudah boleh diajar.Kerana ketika ini baby dapat mendengar setiap percakapan ibu bapanya.Jadi adalah amat penting bagi kita ibu bapa memberikan pendidikan yang terbaik buat anak2kita dari seawal yang mungkin.

Wah macam pakar motivasi plak mummyni..eceh..ceh...Actually n3 mummy kalini berkenaan cara2 merangsang anak untuk menjadi bijak.Mesti smua kawan2 yang bergelar mak,ibu,ummi,mama atau mummy nak anak jadi bijakkan?So mummy ada jumpa satu infoni untuk kita kongsikan bersama...

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

sumber:IdhamLim


[+/-] Teruskan Membaca...

Pusing-pusing di Mines



Walaupun harini mummy keje, sampai umah pun dah petang tp masih lagi bertenaga mantopp untuk keluar berhibur...hehehe..macam tak boleh nk tunggu hujung minggu aje...Saje jer malam tadi kitaorang pusing2 ke mines. Actually en.hubby nk repair handset dia, lepak kt kedai handset tu 10min jer.Selebihnya kitaorang pergi buang duit kat pusat games.huhuhu..Dah tentulah en.hubby dan batrisha terlebih excited.


Sementara en.hubby tukar token batrisha dh tak keruan..di ajaknye mummynya ke sini ke sana ...kejap2 dia cakap, mummy batrisha nak naik ni...mummy batrisha nak naik tu...adoi pokailer cmni duit en.hubby...semua mainan batrisha nak naik.Dah en.hubby gak yang mengajar batrisha masuk tempat2 gameni...harus layan ajerlah..nk wat cmne kan.Yang jadi mangsa mummylah terpaksa melayan karenah batrisha...Apa yang dia naik, dia nak suh mummy gak naik..nasib baik badan mummy ni masih slim,comel-loteh lagi dan muat untuk naik sekali dengan batrisha...hik..hik..hik..

Tengah2 dok layan batrisha, mummy terpandang sorang makcik ni yang begitu setia melayan anak2 dia bermain2 game.Walhal anak2 dia dh besar panjang..Jarang mummy tengok ibu bapa yang boleh masuk sekali ke tempat game bersama anak2 diaorang yang dah besar panjang sekali. Selalu tu kanak2ler kan yang datang dengan ibu bapa mereka masing2..Dia ikut jer kemana anak dia pergi.Tiba2 mummy rasa kesian plak.Anak2 dia tentulah syok main game,siap 2,3 kali tukar token lagi,yang mak dia dok ikutler kemana anak dia pergi...Macam rasa tak patut plakkan?


[+/-] Teruskan Membaca...

Bila Batrisha Mandi Pool




Tengok gambar kat atas tu pun dh tau betapa seronoknya batrisha bila dapat mandi pool...aktiviti mandi pool ni pun hanya boleh dilakukan pada hari cuti yang tiada aktiviti,undangan ke majlis kawin atau beronggeng ke shopping complex..Jadi nak bagi haritu jadi seronok dan meriah, kerana mungkin sepanjang haritu takde kemana-mana hanya duduk2,baring2, telentang, menongeng di rumah saja, maka petangnya mummy akan tanya batrisha nak mandi pool tak?batrisha bagaikan orang mengantuk disorong bantal memang tak kan tolaknya jika bab2 main air ni.

Mini pool ni pun en,hubby belikan untuk batrisha sebab batrisha yang memang suka sangat mandi kt swimming pool.Dapat peluang mandi kt pool pun bila ada bercuti kt mana2...itupun tak taulah berapa kali setahun..so nak bagi anak perempuannya seronok en.hubby belikanlah mini pool ini untuk batrisha.So, batrisha tak perlu lagi tunggu cuti-cuti malaysia untuk mandi pool...

Bila dh masuk dalam pool tu, memang susahlah dia nak keluar...kekadang tu sampai kecut jari kaki,tangan akibat lama sangat beremdam...Tp bila di ajak keluar batrisha tetap tak nak.Katanya belum puas lagi.Pastu siap suruh mummy amikkan pelampung dia lagi..konon takut lemas..padahal bukan dalam pun pool tu..

Yang tak tahan tu batrisha beriya suh mummy & papanya join sekali dalam pool tu..adoi..mana boleh nak ooii..pool ni hanya sesuai untuk kanak2 saja..mak&bapak budak dilarang sama sekali.Tapi mungkin batrisha masih belum paham, maka bila mummy kata tak boleh dia pun menangis..kerana kesian kt anaknya yang beriya menangis maka en.hubby pun merelakan dirinya untuk masuk ke dalam pool itu(padahal en.hubby mmg suka pun nk msk dlm pool tu)...huhuhu...so mandilah dua beranak tu dalam pool...




boleh jadi model majalah ni






aksi perenang negara


[+/-] Teruskan Membaca...

Tag dari Ummi Hanie

Ini tag yg mummy terima dari ummi hanie..so mummy try settlekan tagni walaupun mummy bZZzzz...

nama tag ni 'Tag godek2 Google Images'

So dianye rules : Use Google image to find the answer to the questions below as rules. Choose images from the first page only and after that Tag 7 people.

1.Wish

ohh ini mmg mummy wish sgt dpt suatu hari nnti


all my wish for batrisha


batrisha wish...

okk,itu image wish yg mummy google yg rsnye plg best

2.The City I Was Born






nape tak tersenarai batu pahat city ni..hehehe...

3.The City I Was Working ... work at home pun buleh la yer ??


mummy patut fikir cara ni..sbb dh ramai wanita di luar sana yg berenti kerja utk wat biz online...


bestkan smbl dok kat tangga pun leh keje at the same time duit masyukkk





4.A Place I'd Like To Travel

bila nk ke sini ni?


mmg sangat teruja untuk datang ke sini


wah air yang biru ini sungguh tenang sekali


teringin ler nak bercuti ke pulau lagi...

mummy mmg simpan angan2 nak bercuti ke pulau lagi...masa honeymoon kt tioman dulu rasa best sgt tgk laut yang membiru..jernih hingga blh nmpk ke dasar laut...bila nk 2nd honeymoon ni???

5. A Favourite House?

mcm mendamaikan aje klau umah dikelilingi pokok2 hijau mcm ni...klau kt kl xmerasa nk dpt umah cmni...


msti seronok batrisha jika ada swimming pool dekat umah.en.hubby pn blh tumpang sekaki nnti..dua beranak ni mmg suka mandi pool..


kemas aje kan umah ni...

6.A Favourite Animal?


mummy tak suka animal...ni sekadar nk cukupkan syarat tag ini aje

7.The People I want To Tag
1.mummyaeesh
2.int4an
3.miezrina
4.emma
5.kak yong
6.jiji
7.acha

At last after 2 day siap kt tag ni...huh...jenuh nk settlekan tag ni...so kepada yang tersenarai cepat amik dan siapkan tag ini okk.


[+/-] Teruskan Membaca...

Jalan-Jalan Cari Makan

Kali ni mummy nak promote satu tempat makan yang pada mummy mmg best...Banyak sangat pilihan menu kt cni..pendek kata nk makan apa saja boleh di order di sini. Mummy pegi kedai makan ni pada pagi hari minggu lepas. Mmg menjadi kebiasaan klau tiba ujung minggu msti en.hubby tanya esok nk breakfast apa? Nak tapau ajer atau nk makan di luar..Harus dalam kepala mummyni fikir nk mkn kt luar jer...yerler hari cutikan harus pergi 'beronngeng' barulah meriah sket hujung minggutu.betul tak???

Mummy agak owner kedai makan ni org johor ler..sbb kedai makanni namanya Mee Bandung Muar.Dia promote makanan fofuler org johor.harus ownernya org johor gak. Masuk ni dh 2 kali mummy pegi breakfast kt cni.Apa yang buat mummy suka breakfast kt cni sbb wlpn breakfast tp menu dia dh boleh kira mcm mkn tengahari/mkn petang.Smua ada termasuk mee bandung, soto, lontong,yong tau foo,mee kari, roti canai, nasi lemak smuatu biasalah kan..jadi bagi org2 yang bosan asyk breakfast nasi lemak atau bihun bolehlah jalan2 cari mkn di sini..Mmg tak menyesal pegi.Okk, lokasinya kt kajang jln nak ke highway cheras.Lalu situ klau dari kajang lihat sblh kiri, msti jumpenya...


OPEN...silalah berkunjung ke sini..Okk inilah nama kedai tu...


en.hubby order mee bandung muar..slurp..slurp..tengok tu mangkuk dh licin


walaupun awal pagi minggu, mummy tetap maintain senyum..hik..hik..hik..eh..eh..batrish tu nk interframe plak


semangkuk soto yang mummy telah habiskan...masa sampai tak dan nk snap trus masuk mulut...


ha...yang best gak tmpt ni ada disediakan ruang utk kanak2 bermain...so sesuai untuk batrish..smbil main smbl suap dia mkan...baru laju sket dia mkn.




[+/-] Teruskan Membaca...

Hadiah Anniversary

Hi ouls,

Harini hati mummy sungguh berbunga2...kenapa???cubaler teka?jeng..jeng..jeng...
Okk, macamni ceritanya, malam td en.hubby ajak mummy ke Giant, mummy pun tanyelah nk wat per?en.hubby kata nk beli something...

Sampai kt Giant en.hubby ajak mummy masuk kt ada satu kedai butik.Mata mummy time tu dah terkebil2 dah...Tp mcm dh terasa sesuatu dlm hati ni..(msti en.hubby nk belikan mummy bajuni) lagipun dlm butik tu mmg jual smua baju perempuan. Then en.hubby kata pilihlah, mummy tanye kenapa?en.hubby jawab hadiah sempena anniversary kita haritu...
Yahooo...seronok bukan main lgler mummy...mummy pun pilihler baju yang rsnya mmg cantik pada pandangan mata mummy...harga??org dh nk byr watpe nk berkirakan..amik sajalah.Pilih punye pilih, 2,3x pusing butik tu,nah inilah hasil baju yg mummy pilih...


tengok tu tangan batrisha..nk interframe gak dia...


cantik tak baju ni?siap ada labuci lip lap lap lip lagi tu...


tangan dan leher ada labuci...


Wah...mummy dapat bayangkan klau mummy pakai pegi wedding ker harus glamor mummykan...terima kasih kt en.hubby yang berhati mulia tu yang sanggup mengorbankan wang ringgitnye untuk isterinya ini...kihkihkih...isterinya jer yang tak hengat nk beli prezen untuk suaminya


[+/-] Teruskan Membaca...

Sila Jawab Tag ini kawan2...




Anybody miss me???huhuhu... mummy buzyler...xdan nk buat n3...apa yang mummy sempat buat hanyalah menjawab tag ini sahaja...ada gak sbnrnya menda nk story mory tp gambar pun xsempat di upload lagilah...so harap peminat2 smua bersabar yer..

Apa plak kaitan gambar diatas dengan n3 ini??? Gambartu sebenarnya mengambarkan keadaan mummy yang tengah boring ketika ini...sebenarnya ada keje mummy nkwat ni kt opis, tp sistem tgh ada problem, tak boleh bukak..so terbengkalailer keje tu...

Okk, berbalik pada tag ni,tag ni mummy amik dari blog Jiji.so layan tag ini dulu okk.

1. Kekasih saya adalah – en.hubby & batrisha.

2. Saya sedang mendengar – radio yg tgh berkumandangni .

3. Mungkin saya patut – rileks sekajap kerana rsnya mata ni mcm dh nk terkeluar aje mengadap pc dr pg td.

4. Saya baru sudah – membuat komen2 di blog rakan2 yg mummy kunjungi.

5. Beza rakan, sahabat, kawan – Rakan - semuanya sama saja iaitu org2 yang berada di sekeliling kita

6. Saya tidak faham – kenapa susah sgt nk dapat apa yang kita inginkan

7. Saya perlu mencari – keredhaan dari Allah.

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya – Pergi keje elok2 yer.

9. Makna kehidupan – bila hidup kita diberkati.

10. Cinta itu adalah – sesuatu yang indah dalam hidup setiap orang

11. Saya paling suka – shopping okk.

12. Saya akan cuba – cari sesuatu yang menjamin untuk hidup mummy

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka – suka hatiLAH...huhuhu

14. Telefon bimbit saya – nyawa mummy, matilah mummy klau takde handset wooo...

15. Katil saya – tempat mummy beradu bersama en.hubby

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya – klau tak perlu ditanya itu bukan soalan namanya

17. Teknologi adalah – dunia tanpa sempadan

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak – alah tengok aje buku resepi

19. Semalam – takde apa2 yang menarik pun yang berlaku

20. Hari ini – biasa ajer...erm....

21. Malam ini saya akan – masak yang best2 untuk mkn malam nnti

22. Esok pula saya akan – takde plan lagi

23. Saya betul2 inginkan – wang besar...wang besar...hehhehe...

24. Badminton atau futsal – dah lama betul mummy tak main badminton,futsal sll tgk en.hubby ajer yg main

25. Karaoke – favorite en.hubby & batrisha...mummy just jd back up singer ajer

26. Kereta – teringin nk pakai MPV

27. Bilik yang terang atau gelap – dh tentuler gelap...sng sket nk ZZZzzzz

28. Makanan jepun adalah – mummy tak minat lgsg...byk lagi mkanan melayu blh di makan

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang – katakan...katakan...katakanlah....

30. Siapa yang anda tag – siapa yang membaca tag ini silahlah copy&paste di blog anda plak okk..


[+/-] Teruskan Membaca...